Pages

Khamis, 10 Februari 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN


 BAHAN-BAHAN
600 gm ikan patin
20 biji cili padi
20 gm kunyit hidup
2 batang serai dititik
1 batang Ibunga kantan dihiris
2 tangkai daun kesum
1 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit
½  garam
¾ sudu gula
2 gelas  air

CARA MENYEDIAKANNYA
1.Mula mula bersih ikan dengan betul.  Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam
periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.
2.Masukkan cili yang ditumbuk.  Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama
setengah jam.
3Masukkan 2 gelas air,   Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan
kunyit.
4 Selepas itu garam secukup rasa dan gula.  
5.Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah.  masak gulai
lebih kurang 1/2 jam.

0 ulasan:

Catat Ulasan